Egils Levits
Egils Levits

Egils Levits

Egils Levits (lahir 30 Jun 1955) ialah ahli politik, peguam, ahli sains politik dan pakar undang-undang Latvia yang merupakan Presiden Latvia sejak 8 Julai 2019.[1] Beliau merupakan Ahli Mahkamah Keadilan Eropah dari tahun 2004 hingga 2019.[2]Semasa lewat zaman Soviet, beliau merupakan ahli Barisan Popular Latvia dan menyumbang kepada perisytiharan kemerdekaan Latvia yang baru pada tahun 1990. Beliau merupaakn Timbalan Perdana Menteri dan Menteri untuk Keadilan Latvia dari tahun 1993 hingga 1994 dan duta besar ke Hungary, Austria dan Switzerland dari tahun 1994 hingga 1995. Beliau kemudian dilantik Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, sebuah jawatan yang beliau pegang sehingga tahun 2004. Beliau mendapat tempat kedua dalam pilihan raya tidak langsung untuk Presiden Latvia pada tahun 2015 di belakang Raimonds Vējonis. Walaupun Bebas, beliau merupakan calon Perikatan Kebangsaan.[3] Pada tahun 2018, Levits dilantik Hakim Mahkamah Keadilan Eropah, kali pertama dilantik pada tahun 2004.[4] Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua anak, seorang anak lelaki, Linards, dan anak perempuan, Indra.[5] Beliau telah menerbitkan sebuah buku memoir pada tahun 2019.[6]